Thursday, November 11, 2010

Prinsip Elektrik dan Elektronik

Sinopsis
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.
Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik.
Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.
Kursus ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan dua jenis sijil, iaitu sijil SPM yang akan memaparkan gred mata pelajaran berkenaan dan satu sijil khas Modul Kompetensi yang telah dicapai oleh murid.
 Objektif :
  1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.
  2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.
  3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik.
  4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan.
  5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.
  6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : TENAGA ELEKTRIK, PENGALIR DAN PENEBAT 
Modul ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ; jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintangan pengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran.
new1.JPG
Gambar 1
Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkan bentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan dan rintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaan voltan.
 PEE_MODUL1.JPG
Gambar 2

MODUL 2 : KOMPONEN PASIF
Modul ini mendedahkan murid lepada pembinaan litar ; mengesan kerosakan ; mengganti komponen-komponen pasif dalam litar elektrik.
Murid dinilai kompetensinya untuk menentukan nilai perintang, pearuh dan pemuat berdasarkan fizikal komponen ; mengukur perintang, pearuh dan pemuat menggunakan alat uji ; mengesan serta menentukan jenis kerosakan
 PEE_MODUL2.JPG
Gambar 3

MODUL 3 : LITAR ELEKTRIK 
Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selari dan siri-selari ; teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ; menggunakan meter pelbagai.
Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambungan perintang secara siri, selari dan siri-selari ; memateri perintang secara siri-selari pada papan jalur.
 PEE_MODUL3.jpg
Gambar 4

MODUL 4 : KEELEKTROMAGNETAN DAN PENGUBAH
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep kemagnetan dan keelektromagnetan; prinsip kendalian ; menghitung nisbah pengubahan ; jenis dan pengujian pengubah dengan menggunakan penguji keterusan dan penebatan
Murid dinilai kompetensinya membuat ujian keterusan dan penebatan pengubah ; mengesan kerosakan pengubah.
 new2.JPG
Gambar 5
PEE_MODUL4.jpg
Gambar 6

MODUL 5 : LITAR AC ASAS
Modul ini mendedahkan murid kepada penghasilan AC; penentuan kuantiti-kuantiti elektrik dan pembinaan litar RLC.
Murid dinilai kompetensinya dalam mengukur dan melakar gelombang AU ; melakar dan menyambung litar pearuh dan pemuat tulen ; menyambung dan melakar gambar rajah vector litar RLC siri.
 new3.JPG
Gambar 7

MODUL 6 : DIOD SEPARUH PENGALIR
Modul ini mendedahkan murid kepada teori asas komponen separuh pengalir; operasi dan aplikasi diod.
Murid dinilai kompetensinya dalam menguji untuk menentukan elemen-elemen diod dan transistor ; menghasilkan pendawaian dan pematerian yang kemas pada litar ; menguji kefungsian litar ; mengesan dan membaiki kerosakan pada litar.
 PEE_MODUL6.JPG
Gambar 8

MODUL 7 : TRANSISTOR DWI KUTUB
Modul ini memberi pendedahan murid kepada struktur binaan; cara mempincang; bentuk fizikal, kaedah menguji dan mengaplikasikan transistor dalam litar; penghitungan mudah IE,IC dan IB.
Murid dinilai kompetensinya dalam menentukan elemen-elemen transistor, menguji kefungsian transistor, menentukan pincang hadapan dan balikan, menguji dan mengesan kerosakan.
 PEE_MODUL_7.JPG
Gambar 9

MODUL 8: LAIN-LAIN KOMPONEN SEPARUH PENGALIR
Modul ini mendedahkan murid kepada simbol; bentuk fizikal; kaedah penyambungan ; kaedah menguji ; kaedah mengesan kerosakan dan penggantian komponen dan kegunaan lain-lain komponen-komponen separuh pengalir.
PEE_MODUL_8a.JPG
Gambar 10

PEE_MODUL8b.JPG
Gambar 11

MODUL 9 : KUASA AC
Modul ini memberi pengetahuan mengenai faktor kuasa; hubungkait rintangan, aruhan dan kemuatan dalam litar AC; kemahiran menyambung meter untuk mengukur kuasa dan faktor kuasa; penghitungan kuasa dan faktor kuasa.
Murid dinilai kompetensinya melakar litar dan mengukur kuasa ; membaiki faktor kuasa menggunakan pemuat.
new4.JPG
 Gambar 12

MODUL 10 : LITAR 3 FASA
Modul ini mendedahkan murid kepada kaedah penyambungan beban 3 fasa dalam bintang dan delta ; menyambung meter untuk pengukuran arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa ; penghitungan arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa.
Murid dinilai kompetensinya membuat sambungan bintang ; membuat sambungan delta ; mengukur voltan, arus dan kuasa.
 PEE_MODUL10.JPG
Gambar 13

MODUL 11 : SISTEM NOMBOR DAN GET-GET LOGIK
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep sistem berdigit ; sistem penomboran ; get-get logik asas litar bersepadu ; litar logik pemasaan dan pemapar berdigit.
Murid dinilai kompetensinya menyambung dan menguji isyarat keluaran get-get DAN, ATAU , TAK DAN, TAK ATAU dan melengkapkan jadual kebenaran ; mereka bentuk litar, membina litar dan menguji litar logik kombinasi serta melengkapkan jadual kebenaran.
 new5.JPG
Gambar 14

new6.JPG
Gambar 15

MODUL 12 : OPERASI BOOLEAN DAN LOGIK BERJUJUKAN
Modul ini mendedahkan murid kepada konsep asas Teorem Algebra Boolean ; membina jadual kebenaran ; ungkapan logik dari jadual kebenaran ; melukis simbol blok ; litar logik yang melibatkan elemen pemasangan flip plop ; kendalian litar logik.
 PEE_MODUL12C.JPG
Gambar 16
new7.JPG
Gambar 17

MODUL 13 : LUKISAN GEOMETRI
Modul ini mendedahkan murid kepada penggunaan peralatan lukisan ; penghurufan dan pendimensian ; membina garisan dan sudut ; membina dan menggunakan skala ; membina segi tiga , poligon sekata, tangen dan bulatan dan elips ; membuat lukisan geometri, ortografik dan isometri.
Murid dinilai kompetensinya melukis garisan dengan menggunakan pelbagai alat lukisan dengan betul ; membuat penghurufan, mendimensi, garisan dan kejurupelanan ; membina garisan dan sudut ; membina dan menggunakan skala ; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan ; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan ; melukis unjuran ortografik ; melukis lukisan isometri.
PEE_MODUL_13a.JPG
Gambar 18